Banana Muffin



Muffin ini senang sungguh nak buat. Kegemaran anak2 mami. Mami letak cokelat rice supaya ada rasa chocolety sikit.. Yumm.. yumm...

Ingredients:
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3/4 cawan chocolate rice

Bahan B:
300gm pisang dilenyek
113 butter dicairkan
1/4 cawan susu segar
2 biji telur gred A
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
1 sudu teh essen vanila

Method:
1. Panaskan oven pada suhu 180deg C.
2. Satukan bahan2 A dalam satu bekas dan gaul rata. Ketepikan sebentar.
3. Satukan bahan2 B dan kacau hingga semua sebati dan mesra
4. Buat satu lubang ditengah bekas bahan A dan tuangkan adunan bahan B dan kacau hingga rata.
5. Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam paper cup.
6. Bakar dalam 15-20 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:
1. Membuat muffin tidak perlu menggunakan mesin pemukul. Cukup dengan mencampurkan adunan menggunakan tangan dan senduk
2. Jangan kacau terlalu lama dan OVERMIX as this will cause the muffins to be tough - keras.
3. Jangan sesekali buka oven semasa membakar.
4. Bakar serta merta setelah adunan dibancuh.
5. Jangan bakar terlalu lama kerana ia akan membuat muffin jadi kering.

Selama mencuba...

No comments: