Showing posts with label Chicken. Show all posts
Showing posts with label Chicken. Show all posts

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil
1 biji bawang besar dipotong nipis
5 biji bawang besar, 2 biji bawang putih, 1/2 inci halia - dikisar halus
1 sudu cili boh
3 biji tomato di potong dadu kecil
1/2 cawan tomato sos
1/4 cawan cili sos
1/2 tin tomato puri
Garam dan gula secukup rasa
kacang peas hijau sebagai hiasan

Cara-cara:

1. Ayam digoreng (jgn terlalu garing)

2. Guna minyak yg sama (agak-agak ah.. jgnbanyk sangat) tumiskan bahan2 kisar diatas

3. Setelah naik bau masukkan cili boh

4. Setelah garin, masukkan sos tomato, cili sos dan tomato puri

5. Setelah menggelegak sedikit kalau pekat boleh letakkan sedikit air

6. Masukkan ayam dan gaul rata

7. Boleh tambahkan air jika hendak kuah lebih dan masukkan garam, gula secukup rasa

8. Masukkan bawang besar yg dihiris tadi

9. Masak lagi sehingga kuah agak pekat

10. Taburkan kacang peas hijau sebagai hiasan.

Ayam masak merah ni sedap dimakan bersama nasi tomato, briyani dan juga nasi putih. Selamat mencuba!!


Rendam Ayam Negeri Sembilan


Ni rendang asal dari Negeri Sembilan. Rasanya lain dari rendang2 biasa. Senang dibuat.. Selamat mencuba...

Bahan-Bahan:
Ayam seekor dipotong kecil (lebih sedap kalau dapat ayam kampung atau ayam pencen)
4 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
2 sudu besar kerisik
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar/blender sehingga halus
20-40 biji cili padi (kalau nak pedas letak lebih...)
1.5in halia
2 in lengkuas
4 in kunyit hidup
3-4 batang serai
12 biji bawang merah
5 biji bawang putih

Cara-cara:
1. Masukkan ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi ke dalam periuk.
2. Masak sehingga kering dengan api sederhana.
2. Biarkan sehingga mendidih dan segala air rebusan ayam hampir menjadi kering.
3. Kacau sekali sekala sahaja.
4. Bila dah kering baru masukkan santan.
5. Tunggu hingga menggelegak dan kacau sekali sekala.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Bila nampak kuah dah agak pekat masukkan asam keping.
8. Bila semakin pekat masukkan hirisan daun kunyit dan limau purut.
9. Masukkan juga kerisik.
10. After 10min, boleh ah decide samada nak teruskan sehingga kering atau nak rendang basah dan berkuah sedikit.

Lemak Cili Api Ayam


Resepi ni mami dapat original dari orang nogeri. Simple rupanya nak masak lemak cili api ni.

Ingredients:
1 ekor ayam dipotong kecil
5 biji kentang dibelah dua
1 inci kunyit hidup
15 biji cili padi (kalau nak pedas buh banyak lagi)
1 cawan santan pekat
2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa

Method:
1. Tumbuk atau mesin halus kunyit hidup dan cili padi
2. Masukkan ayam ke dalam periuk dan letakkan serai dan cili padi+kunyit yg ditumbuk
3. Letakkan sedikit air hingga paras agak tenggelam ayam
3. Kacau rata dan biar hingga ayam separuh masak
4. Kemudian masukkan kentang dan kacau rata lagi
5. Akhir sekali masukkan santan dan kacau perlahan supaya santan tidak pecah
6. Masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga ayam dan kentang empuk.

Roasted Chicken

Ayam ni agak kegelepan kehangitan.. Pasal bahan2 perap tu sepatutnya tak boleh dibiarkan bertompokan di atas tu.. Tapi yg lain ok.. n rasanya huh.. sedap menjilat jari...

Ingredients:

BAHAN A:
1 ekor ayam (boleh dibakar seekor terus atau potong2 kecil)


BAHAN B: (Mesin Halus)
3cm halia
3 btg serai
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam

BAHAN C:
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk

Method:
1. Gaulkan semua bahan A,B pada ayam dan perapkan selama 3 jam atau semalaman
2. Bakar ayam dengan suhu 200deg c hingga keperangan
3. Boleh pusing/terbalikkan ayam supaya masak hingga kedalam isi