Nasi Goreng Ikan Bilis

Bahan-Bahan:
Nasi putih (lebihan nasi ayam atau nasi lemak pun boleh)
Sengenggam ikan bilis
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1-2 biji lada merah besar
Mix vege atau sebarang sayur
1 sudu teh perencah nasi goreng kampung (Seri Aji)
Garam secukup rasa

Cara-Cara:
1. Basuh dan goreng ikan bilis sehingga garing.
2. Ketepikan tepi kuali. Tumis bawang merah, putih & lada merah yg telah ditumbuk.
3. Setelah garing masukkan perencah nasi goreng. Jika
kering boleh letakkan sedikit air.
4. Gaul kembali bersama ikan bilis.
5. Letakkan garam.
6. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata.
7. Masukkan sayur.
8. Kacau rata dan biarkan sehingga kering.
Mami selalu buat nasi goreng ni utk sarapan. Kalau ada lebihan nasi semalam pasti nasi goreng ni jadi kegemaran kami sekeluarga. (my hubby's favourite)

No comments: