Macaroni Bakar


without cheese & with cheese
Bahan-bahan:
500gm macaroni - direbus
250gm minced meat
Shredded mozarella cheese (optional)
Semangkuk mix vege
Sepeket kecil rempah kari daging
10 - 12 biji telur (bergantung pada saiz)
Tomato sos
Cili sos
Garam secukup rasa

Bahan A - di potong dadu kecil2
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 biji tomato
3 batang carrot
1 biji cili capsicum hijau
Cara-cara: (membuat macaroni)
1. Tumis bawang besar,putih sehingga naik bau.
2. Masukkan minced meat. Kacau hingga masak.
3. Masukkan rempah kari. Boleh tambah air jika kering.
4. Selepas itu masukkan tomato dan biar hingga lembut.
5. Masukkan tomata sos n cili sos. Kalau nak pedas, lebih cili sos. (rempah kari dah pedas so takyah banyak sangat cili sos)
6. Kacau rata dan masukkan carrot dan biar hingga lembut.
7. Setelah itu masukkan cili capsicum, mix vege.
8. Masukkan garam secukup rasa.
9. Setelah rata, masukkan macaroni yg telah direbus. Kacau rata.
10. Sementara itu pukul 5 biji telur.

11. Letakkan dalam macaroni tadi dan gaul rata. Biarkan sedikit kering.
12. Tutup api dan biar sejuk.


Cara-cara: (membakar)
1. Panaskan oven 180 deg celcius.
2. Sediakan bekas kaca casarolle atau apa2 bekas tahan panas.
3. Sapu minyak sedikit dan masukkan ke dalam oven selama 3 minit.
4. Keluarkan bekas dan letakkan macaroni yg telah digoreng.
5. Penuhkan 3/4 bekas dan tekan sedikit dgn senduk biar padat.
6. Masuk dan panaskan dalam oven selama 10 minit.
7. Sementara itu pukul 6 biji telur dan masukkan sedikit garam.
8. Keluarkan bekas macaroni dan letakkan telur. Pastikan telur menutup seluruh macaroni. Kalau tak, boleh tambah telur lagi.
9. Jika mahu cheese, taburkan cheese menutupi seluruh bekas.

10. Bakar lagi sehingga atas keperangan.
11. Biarkan sejuk baru potong.
12. Sedap dimakan begitu saja atau bersama cili sos.


without cheese &with cheese

1 comment:

milleu87 said...

Very great recipe.Tried it and everybody said rasa cam murtabak.