Bahan-Bahan:
1kg tepung gandum
1 tin susu cair
1 sudu mentega atau butter
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna kuning
Air
Cara-Cara:
1. Bancuh semua bahan di atas. Gaul rata.
2. Jika masih pekat tambah air sedikit demi sedikit hingga agak cair.
3. Blender hingga halus.
4. Jika masih pekat boleh tambah air. Pastikan bancuhan telus acuan.
5. Tebarkan atas kuali.
6. Selepas 3min dah masak.
7. Boleh gulung atau lipat ikut cita rasa sendiri.
8. Sedap dimakan bersama kari daging/ayam.