Mee Udang


My first time try buat mee udang ni.. hasilnya not bad... :)

Bahan-bahan:
1kg mee kuning
1/2 kg udang (nak banyak... beli lagi....)
4 sudu cili kisar (nak pedas buh banyak lagi)
2 sudu petis
5 sudu tomato sos
2 sudu cili sos
3-4 biji keledek saiz besar - direbus dan dilenyek untuk memekat kuah
Taugeh - celur
Sawi - celur
Limau kasturi
Telur direbus
Daun bawang dan bawang goreng secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
10biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 sudu besar udang kering
1 inci halia


Cara-cara:
1. Rebus udang sehingga masak.
2. Tapiskan udang, asing dan air rebusan jgn dibuang.
3. Ambil sebahagian kepala udang yg direbus tadi - blender hingga halus.
4. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga garing dan naik minyak.
5. Setelah itu masukkan bahan2 kisar tadi dan tumis lagi hingga garing.
6. Kemudian masukkan air rebusan udang tadi bersama kepala udang yg diblender itu.
7. Renih dan biarkan hingga mendidih.
8. Masukkan tomato sos, cili sos dan petis.
9. Kacau rata dan masukkan keledek yg telah dilenyek.
10. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Tips: Semakin lama kuah direnih, semakin sedap kuahnya. Renihkan dgn api yang kecil.

Rendam Ayam Negeri Sembilan


Ni rendang asal dari Negeri Sembilan. Rasanya lain dari rendang2 biasa. Senang dibuat.. Selamat mencuba...

Bahan-Bahan:
Ayam seekor dipotong kecil (lebih sedap kalau dapat ayam kampung atau ayam pencen)
4 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
2 sudu besar kerisik
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar/blender sehingga halus
20-40 biji cili padi (kalau nak pedas letak lebih...)
1.5in halia
2 in lengkuas
4 in kunyit hidup
3-4 batang serai
12 biji bawang merah
5 biji bawang putih

Cara-cara:
1. Masukkan ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi ke dalam periuk.
2. Masak sehingga kering dengan api sederhana.
2. Biarkan sehingga mendidih dan segala air rebusan ayam hampir menjadi kering.
3. Kacau sekali sekala sahaja.
4. Bila dah kering baru masukkan santan.
5. Tunggu hingga menggelegak dan kacau sekali sekala.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Bila nampak kuah dah agak pekat masukkan asam keping.
8. Bila semakin pekat masukkan hirisan daun kunyit dan limau purut.
9. Masukkan juga kerisik.
10. After 10min, boleh ah decide samada nak teruskan sehingga kering atau nak rendang basah dan berkuah sedikit.

Sambal Tumis Udang Petai



Ingredients:
1 kilo udang
Petai (ikut berapa banyak nak letak) dikopek dan belah dua
6 biji bawang merah - ditumbuk halus
4 biji bawang putih - ditumbuk halus
5 sudu besar cili boh
1 sudu kecil belacan serbuk atau 1/2 inci belacan
1 cawan kecil asam jawa
galam, gula secukup rasa

Method:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan cili boh dan kacau hingga kering dan keluar minyak
3. Kemudian masukkan belacan dan kacau sebentar
4. Masukkanseparuh dulu air asam jawa
5. Masukkan udang dan kacau hingga separuh masak
6. Masukkan petai dan kacau lagi hingga rata
7. Jika tidak cukup masam boleh tambahkan sebahagian air asam jawa lagi atau jika tidap perlu masukkan air hingga mendapat kuah yg diingini
8. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Makanan laut tidak perlu dimasak terlalu lama kerana hilang kesegaran dan menjadi kecut hingga mengeluarkan air banyak.

Sambal Belacan Buah Bacang



Ingredients:
1 biji buah bacang yg agak masak dan lembik
2 biji lada hidup
8 biji cili padi (untuk yg tahan pedas lah..)
1/2 inci belacan bakar
garam secukup rasa

Method:
1. Kopek buah bacang dan racik halus
2. Tumbuk cili hingga lumat
3. Masukkan belacan
3. Masukkan garam dan akhir sekali masukkan buah baang tadi
4. Tumbuk sedikit supaya sebati dan rata

* boleh juga guna blender kalau malas nak menumbuk. Tapi blender jgn terlalu hancur. Air bacang yg keluar itu akan memasam dan memaniskan sambal ini.

Jeruk Petai



Ingredients:
Petai
Air Suam
Garam
Botol atau bekas untuk letak petai

Method:
1. Rebus petai separuh masak.
2. Bila dah sejuk sedikit, picit keluar biji petai tu
3. Masukkan ke dalam botol dan letak sedikit garam
4. Gaul hingga rata
5. Biar semalaman. Jgn letak dlm peti ais. Garam ini berfungsi utk menjerukkan petai ini
5. Keesokan harinya letakkan air suam agak2 tenggelam dan hampir penuh botol.
6. Biarkan beberapa hari dan petai ini telah sedia utk dimakan.
7. Dah rasa jeruk n power!

Lemak Cili Api Ayam


Resepi ni mami dapat original dari orang nogeri. Simple rupanya nak masak lemak cili api ni.

Ingredients:
1 ekor ayam dipotong kecil
5 biji kentang dibelah dua
1 inci kunyit hidup
15 biji cili padi (kalau nak pedas buh banyak lagi)
1 cawan santan pekat
2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa

Method:
1. Tumbuk atau mesin halus kunyit hidup dan cili padi
2. Masukkan ayam ke dalam periuk dan letakkan serai dan cili padi+kunyit yg ditumbuk
3. Letakkan sedikit air hingga paras agak tenggelam ayam
3. Kacau rata dan biar hingga ayam separuh masak
4. Kemudian masukkan kentang dan kacau rata lagi
5. Akhir sekali masukkan santan dan kacau perlahan supaya santan tidak pecah
6. Masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga ayam dan kentang empuk.

Mee Kari



Indgredients:

1 bungkus mee kuning (basuh & dicelur air panas sebentar)
100gm tauge - celur air panas
3 tangkai sawi - celur air panas
1/2 ekor ayam dipotong kecil
3 ketul keledek direbus dan dilecek
1 cawan santan pekat
2 keping tauhu
fish ball, fish cake
2 biji cili merah dihiris kecil
1 kiub pati ayam
1 paket kecil serbuk kari
1 tangkai daun sup/bawang dihiris kecil
4 biji telur rebus

3 biji limau nipis
100gm udang kering - ditumbuk
5 biji bawang merah - ditumbuk
3 biji bawang putih - ditumbuk
Sedikit lengkuas & halia - ditumbuk

Garam secukup rasa

Method:
1. Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing
2. Masukkan bancuhan serbuk kari dan kacau hingga pecah minyak
3. Masukkan ayam dan tambah sedikit air
4. Apabila mendidih masukkan tauhu, fish ball, fish cake
5. Masukkan santan dan campur air hingga separuh periuk (sebanyak mana kita hendak kuah)
6. Setelah mendidih masukkan garam + kiub ayam
7. Kemudian masukkan keledek yang telah dilecek. Keledek ini untuk memekat dan memaniskan kuah
8. Kacau hingga sebati dan mendidih
9. Cara menghidang - bubuhkan mee, tauge, sawi dalam mangkuk. Letakkan kuah dan hiaskan dengan telur rebus, daun bawang/sup dan cili merah.