Layered Tapioca Pudding



Ingredients A:
500g tapioca
200ml water

Ingredients B:
First bottom layer (pandan flavor)
25g tapioca flour
110g sugar
200ml water
4 pandan leaves
Green food colouring

Second bottom layer (palm sugar flavor)
25g tapioca flour
100g palm sugar
50g sugar
200ml water
Brown/yellow food colouring

Ingredients C:
700ml coconut milk
3tbsp rice flour
1tsp salt



METHOD
Method for Ingredients A:
1.     Prepare the steamer
2.     Peel the tapioca and cut into small pieces
3.     Put the tapioca into the blender and blend with water until smooth
4.     Drain the blended tapioca into a bowl – leave for 15 mins
5.     Remove the clear water from the bowl, take the tapioca starch and mix it with the blended tapioca
6.     Divide into two portions (for the layers)

Method for Ingredients B:
First bottom layer (pandan flavor)
1.     Blend the pandan leaves with the water, then drain
2.     Add in the tapioca flour, sugar and a drop of green food coloring
3.     Mix all the ingredients
4.     Add in the first portion of blended tapioca and mix well
5.     Pour the mixture into a container and cover with aluminum foil
6.     Steam for 30 mins

Second bottom layer (palm sugar flavor)
1.     Cut the palm sugar into small pieces
2.     Mix with water and cook until the palm sugar dissolve
3.     Add in the tapioca flour, sugar and a drop of brown/yellow food coloring
4.     Mix all the ingredients
5.     Add in another portion of blended tapioca and mix well
6.     Pour the mixture into the first cooked bottom layer (pandan flavor)
7.     Steam again for another 30 mins

Method for Ingredients C:
1.     Mix all the ingredients well in a pot
2.     Cook over medium heat until thick – make sure you keep stirring
3.     Pour over the cooked tapioca
4.     You can eat it straight away or put it in the fridge if you prefer it cold


Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil
1 biji bawang besar dipotong nipis
5 biji bawang besar, 2 biji bawang putih, 1/2 inci halia - dikisar halus
1 sudu cili boh
3 biji tomato di potong dadu kecil
1/2 cawan tomato sos
1/4 cawan cili sos
1/2 tin tomato puri
Garam dan gula secukup rasa
kacang peas hijau sebagai hiasan

Cara-cara:

1. Ayam digoreng (jgn terlalu garing)

2. Guna minyak yg sama (agak-agak ah.. jgnbanyk sangat) tumiskan bahan2 kisar diatas

3. Setelah naik bau masukkan cili boh

4. Setelah garin, masukkan sos tomato, cili sos dan tomato puri

5. Setelah menggelegak sedikit kalau pekat boleh letakkan sedikit air

6. Masukkan ayam dan gaul rata

7. Boleh tambahkan air jika hendak kuah lebih dan masukkan garam, gula secukup rasa

8. Masukkan bawang besar yg dihiris tadi

9. Masak lagi sehingga kuah agak pekat

10. Taburkan kacang peas hijau sebagai hiasan.

Ayam masak merah ni sedap dimakan bersama nasi tomato, briyani dan juga nasi putih. Selamat mencuba!!


Nasi Tomato



Ni favorite anak2 Mami.. kalau buat simpan sampai esok pun mereka pulun lagi..

Bahan-bahan:

Beras basmathi
1 biji bawang besar + 1 biji bawang putih (bole kisar halus atau hiris nipis)
1/2 inci halia (hiris nipis)
2 batang kayu manis + bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
2 biji tomato (cari yg lembik) di potong dadu
1/2 tin kecil tomato puri
1 kiub chicken stok
Air secukupnya (bergantung pada kuantiti beras)

Cara-cara:

1. Beras dibasuh bersih dan tos

2. Panaskan periuk nasi dan letakkan minyak sapi

3. Masukkan kayu cengkih, bunga lawang dan biar seketika

4. Masukkan bawang besar, putih dan halia sehingga naik bau

5. Masukkan tomato puri dan chicken stok

6. Setelah mendidih masukkan beras

7. Letakkan air secukupnya (agak2 macam masak nasi biasa)

8. Angkat dan masukkan dalam rice cooker.

9. Bila nak hidang bole letakkan kacang peas atau daun saderi sebagai hiasan.

Lala Sos Tiram



Bahan-bahan:

1kg lala
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa


Cara-cara:

1. Lala dibasuh bersih dan tos.

2. Tumbuk bawang merah + bawang putih (tak yah hancur sangat)

3. Hiris atau tumbuk kasar halia

4. Tumis bahan2 yang ditumbuk

5. Setelah naik bau, masukkan sos tiram

6. Letak sedikit air dan masukkan lala

7. Kacau sehingga rata dan masukkan serai dan garam secukup rasa

8. Masak seketika hingga lala bertukar warna tanda masak

Chocolate Moist Cake



I guess this is the best recipe I ever tried for this chocolate moist cake. Very easy and taste very yummy even after you refrigerated a few days. Still feel moist..


Ingredients:


2 Cups Flour
2 Cups Sugar
¾ Cup Cocoa
2 Teaspoons Baking Soda
2 Eggs (I use large eggs)
1 Teaspoon Salt
1 Cup Buttermilk
1 Cup Vegetable Oil

1 ½ Teaspoons Vanilla Extract

1 Cup Boiling Water


Method:

1. Preheat Oven to 300° F

2. Use Crisco Shortening to lightly grease and flour the baking dish.

3. Place all the ingredients into a mixing bowl.

4. Mix at medium or medium high speed until all ingredients are blended and smooth.

5. Pour into greased and floured baking dish

6. Bake for 1 hr or until cooked.

7. Test by sticking with knife. If it comes out clean, it's done!

8. Allow to cool.


As for Ganache the topping:

100gram cooking chocolate

1 cup whip cream

2 tbsp butter

Melt all the ingredients above. Let it cool for a while and pour on top of the cake.

Mee Udang


My first time try buat mee udang ni.. hasilnya not bad... :)

Bahan-bahan:
1kg mee kuning
1/2 kg udang (nak banyak... beli lagi....)
4 sudu cili kisar (nak pedas buh banyak lagi)
2 sudu petis
5 sudu tomato sos
2 sudu cili sos
3-4 biji keledek saiz besar - direbus dan dilenyek untuk memekat kuah
Taugeh - celur
Sawi - celur
Limau kasturi
Telur direbus
Daun bawang dan bawang goreng secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
10biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 sudu besar udang kering
1 inci halia


Cara-cara:
1. Rebus udang sehingga masak.
2. Tapiskan udang, asing dan air rebusan jgn dibuang.
3. Ambil sebahagian kepala udang yg direbus tadi - blender hingga halus.
4. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga garing dan naik minyak.
5. Setelah itu masukkan bahan2 kisar tadi dan tumis lagi hingga garing.
6. Kemudian masukkan air rebusan udang tadi bersama kepala udang yg diblender itu.
7. Renih dan biarkan hingga mendidih.
8. Masukkan tomato sos, cili sos dan petis.
9. Kacau rata dan masukkan keledek yg telah dilenyek.
10. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Tips: Semakin lama kuah direnih, semakin sedap kuahnya. Renihkan dgn api yang kecil.

Rendam Ayam Negeri Sembilan


Ni rendang asal dari Negeri Sembilan. Rasanya lain dari rendang2 biasa. Senang dibuat.. Selamat mencuba...

Bahan-Bahan:
Ayam seekor dipotong kecil (lebih sedap kalau dapat ayam kampung atau ayam pencen)
4 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
2 sudu besar kerisik
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar/blender sehingga halus
20-40 biji cili padi (kalau nak pedas letak lebih...)
1.5in halia
2 in lengkuas
4 in kunyit hidup
3-4 batang serai
12 biji bawang merah
5 biji bawang putih

Cara-cara:
1. Masukkan ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi ke dalam periuk.
2. Masak sehingga kering dengan api sederhana.
2. Biarkan sehingga mendidih dan segala air rebusan ayam hampir menjadi kering.
3. Kacau sekali sekala sahaja.
4. Bila dah kering baru masukkan santan.
5. Tunggu hingga menggelegak dan kacau sekali sekala.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Bila nampak kuah dah agak pekat masukkan asam keping.
8. Bila semakin pekat masukkan hirisan daun kunyit dan limau purut.
9. Masukkan juga kerisik.
10. After 10min, boleh ah decide samada nak teruskan sehingga kering atau nak rendang basah dan berkuah sedikit.

Sambal Tumis Udang Petai



Ingredients:
1 kilo udang
Petai (ikut berapa banyak nak letak) dikopek dan belah dua
6 biji bawang merah - ditumbuk halus
4 biji bawang putih - ditumbuk halus
5 sudu besar cili boh
1 sudu kecil belacan serbuk atau 1/2 inci belacan
1 cawan kecil asam jawa
galam, gula secukup rasa

Method:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan cili boh dan kacau hingga kering dan keluar minyak
3. Kemudian masukkan belacan dan kacau sebentar
4. Masukkanseparuh dulu air asam jawa
5. Masukkan udang dan kacau hingga separuh masak
6. Masukkan petai dan kacau lagi hingga rata
7. Jika tidak cukup masam boleh tambahkan sebahagian air asam jawa lagi atau jika tidap perlu masukkan air hingga mendapat kuah yg diingini
8. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Makanan laut tidak perlu dimasak terlalu lama kerana hilang kesegaran dan menjadi kecut hingga mengeluarkan air banyak.

Sambal Belacan Buah Bacang



Ingredients:
1 biji buah bacang yg agak masak dan lembik
2 biji lada hidup
8 biji cili padi (untuk yg tahan pedas lah..)
1/2 inci belacan bakar
garam secukup rasa

Method:
1. Kopek buah bacang dan racik halus
2. Tumbuk cili hingga lumat
3. Masukkan belacan
3. Masukkan garam dan akhir sekali masukkan buah baang tadi
4. Tumbuk sedikit supaya sebati dan rata

* boleh juga guna blender kalau malas nak menumbuk. Tapi blender jgn terlalu hancur. Air bacang yg keluar itu akan memasam dan memaniskan sambal ini.

Jeruk Petai



Ingredients:
Petai
Air Suam
Garam
Botol atau bekas untuk letak petai

Method:
1. Rebus petai separuh masak.
2. Bila dah sejuk sedikit, picit keluar biji petai tu
3. Masukkan ke dalam botol dan letak sedikit garam
4. Gaul hingga rata
5. Biar semalaman. Jgn letak dlm peti ais. Garam ini berfungsi utk menjerukkan petai ini
5. Keesokan harinya letakkan air suam agak2 tenggelam dan hampir penuh botol.
6. Biarkan beberapa hari dan petai ini telah sedia utk dimakan.
7. Dah rasa jeruk n power!

Lemak Cili Api Ayam


Resepi ni mami dapat original dari orang nogeri. Simple rupanya nak masak lemak cili api ni.

Ingredients:
1 ekor ayam dipotong kecil
5 biji kentang dibelah dua
1 inci kunyit hidup
15 biji cili padi (kalau nak pedas buh banyak lagi)
1 cawan santan pekat
2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa

Method:
1. Tumbuk atau mesin halus kunyit hidup dan cili padi
2. Masukkan ayam ke dalam periuk dan letakkan serai dan cili padi+kunyit yg ditumbuk
3. Letakkan sedikit air hingga paras agak tenggelam ayam
3. Kacau rata dan biar hingga ayam separuh masak
4. Kemudian masukkan kentang dan kacau rata lagi
5. Akhir sekali masukkan santan dan kacau perlahan supaya santan tidak pecah
6. Masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga ayam dan kentang empuk.

Mee Kari



Indgredients:

1 bungkus mee kuning (basuh & dicelur air panas sebentar)
100gm tauge - celur air panas
3 tangkai sawi - celur air panas
1/2 ekor ayam dipotong kecil
3 ketul keledek direbus dan dilecek
1 cawan santan pekat
2 keping tauhu
fish ball, fish cake
2 biji cili merah dihiris kecil
1 kiub pati ayam
1 paket kecil serbuk kari
1 tangkai daun sup/bawang dihiris kecil
4 biji telur rebus

3 biji limau nipis
100gm udang kering - ditumbuk
5 biji bawang merah - ditumbuk
3 biji bawang putih - ditumbuk
Sedikit lengkuas & halia - ditumbuk

Garam secukup rasa

Method:
1. Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing
2. Masukkan bancuhan serbuk kari dan kacau hingga pecah minyak
3. Masukkan ayam dan tambah sedikit air
4. Apabila mendidih masukkan tauhu, fish ball, fish cake
5. Masukkan santan dan campur air hingga separuh periuk (sebanyak mana kita hendak kuah)
6. Setelah mendidih masukkan garam + kiub ayam
7. Kemudian masukkan keledek yang telah dilecek. Keledek ini untuk memekat dan memaniskan kuah
8. Kacau hingga sebati dan mendidih
9. Cara menghidang - bubuhkan mee, tauge, sawi dalam mangkuk. Letakkan kuah dan hiaskan dengan telur rebus, daun bawang/sup dan cili merah.

Banana Muffin



Muffin ini senang sungguh nak buat. Kegemaran anak2 mami. Mami letak cokelat rice supaya ada rasa chocolety sikit.. Yumm.. yumm...

Ingredients:
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3/4 cawan chocolate rice

Bahan B:
300gm pisang dilenyek
113 butter dicairkan
1/4 cawan susu segar
2 biji telur gred A
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
1 sudu teh essen vanila

Method:
1. Panaskan oven pada suhu 180deg C.
2. Satukan bahan2 A dalam satu bekas dan gaul rata. Ketepikan sebentar.
3. Satukan bahan2 B dan kacau hingga semua sebati dan mesra
4. Buat satu lubang ditengah bekas bahan A dan tuangkan adunan bahan B dan kacau hingga rata.
5. Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam paper cup.
6. Bakar dalam 15-20 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:
1. Membuat muffin tidak perlu menggunakan mesin pemukul. Cukup dengan mencampurkan adunan menggunakan tangan dan senduk
2. Jangan kacau terlalu lama dan OVERMIX as this will cause the muffins to be tough - keras.
3. Jangan sesekali buka oven semasa membakar.
4. Bakar serta merta setelah adunan dibancuh.
5. Jangan bakar terlalu lama kerana ia akan membuat muffin jadi kering.

Selama mencuba...

Asam Pedas Lada Hidup


Ni asam pedas Johor lada hidup. I guna kepala ikan jenahak. Check fridge tadi takde lak kacang bende so I letak kobis. Arwah my mother used to cook letak kobis ni. Sedap dan manis rasa.

Ingredients:
Ikan
Kobis dipotong besar
10 biji lada hidup (ikut pedas mana nak)
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam (jika tak tahan pedas tak perlu letak)
1 cawan air asam jawa
2 batang bunga kantan
2 batang daun kesum
Garam, gula secukup rasa

Method:
1. Mesin halus lada, kunyit, belacan, bawang, lada hitam
2. Tumis bahan2 yg dimesin hingga agak kering sedikit
3. Masukkan air asam jawa. Boleh tambah air untuk banyakkan kuah
4. Bila mendidih masukkan ikan
5. Bila ikan dah setengah masak, masukkan daun kesum, kantan
6. Masukkan sayur kobis.
7. Tambah garam, gula.
8. Biar seketika hingga lembut dan boleh tutup api.

Ikan Bawal Masak Kicap



Since my children tak suka makan bawang which I suka kalau letak bawang besar banyak2 dalam masakan ni, so mami letak buah tomato... It taste even better.. :)

Ingredients:
Ikan bawal
Buah tomato dipotong nipis atau kecil
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sos tiram
Kicap Cair
Kicap Manis
Garam, gula secukup rasa

Method:
1. Ikan bawal digaram kunyit dan goreng
2. Tumis bawang merah + putih yg telah ditumbuk halus
3. Masukkan sos tiram, kicap cair dan manis
4. Tambahkan sedikit air
5. Masukkan buah tomato dan biarkan sehingga lembut
6. Masukkan garam, gula dan kicau hingga agak pekat sedikit
7. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi.
8. Kacau sebentar dan tutup api.

Lada Jeruk



Ingredients:
Cili padi atau
Cili hijau besar dipotong2 nipis
Cuka
Gula
Kicap - optional
Bawang kecil
Bawang putih

Method:
1. Masak cuka, gula hingga mendidih.
2. Jika suka bole letak kicap.
3. Basuh bersih cili, bawang besar, putih dan masukkan ke dalam botol.
3. Biar suam air cuka kemudian tuangkan dalam betul.
4. Jika tidak mahu terlalu masam atau bercuka, boleh tambahkan air - 50-50 sukatan air dan cuka.

* Sukatan air cuka + gula bergantung pada saiz botol.

Kuetiaw Ladna


Today try buat kuetiaw ladna. My version of kuetiaw ladna. My children love it so much.

Ingredients:
Kuetiaw/Mee/Meehoon
Bawang putih, merah cincang halus
Udang
Sotong
Ayam potong kecil
Sayur - carrot, kobis, sawi
Sos Tiram
Kicap manis
Kicap cair
Lada sulah
Chicken stock
Tepung Jagung
Garam secukup rasa

Method:
1. Goreng kuetiaw/mee/meehoon tanpa minyak dalam kuali. Masukkan sedikit kicap manis sehingga agak gelap sedikit. Goreng dalam 2-3min.


2. Angkat dan letakkan dalam pinggan lain.
3. Goreng asing untuk setiap orang.
4. Untuk kuah tumis bawang putih, merah hingga wangi
5. Masukkan ayam, sotong, udang dan kacau hingga agak masak


6. Masukkan sos tiram, kicap cair
7. Masukkan air (agak2 lah untuk berapa org makan)
8. Masukkan sayur - carrot, kobis, sawi.


9. Bila mendidih masukkan lada sulah, chicken stok dan garam.
10. Masukkan tepung jagung yg dibancuh bersama sedikit air. Ini untuk memekatkan kuah.
11. Selepas itu tuang kan ke atas kuetiaw yg digoreng dgn kicap tadi.
12. Sedap dimakan ketika panas dan bersama lada jeruk...

Roasted Chicken

Ayam ni agak kegelepan kehangitan.. Pasal bahan2 perap tu sepatutnya tak boleh dibiarkan bertompokan di atas tu.. Tapi yg lain ok.. n rasanya huh.. sedap menjilat jari...

Ingredients:

BAHAN A:
1 ekor ayam (boleh dibakar seekor terus atau potong2 kecil)


BAHAN B: (Mesin Halus)
3cm halia
3 btg serai
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam

BAHAN C:
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk

Method:
1. Gaulkan semua bahan A,B pada ayam dan perapkan selama 3 jam atau semalaman
2. Bakar ayam dengan suhu 200deg c hingga keperangan
3. Boleh pusing/terbalikkan ayam supaya masak hingga kedalam isi

Sos Cendawan Lada Hitam


Ingredients:

1 bawang besar (dadu kecil)
2 bawang putih cincang halus
1 s/b lada sulah
1 s/b lada hitam
Fresh mushroom - potong nipis kecil
1 tin mushroom sup
1/2 cawan chicken stok
1 s/b tepung jagung + 1/2 cawan air
garam secukup rasa

Method:
1. Tumis bawang sampai wangi/layu
2. Masuk rebusan chicken stok. Kacau till agak pekat sikit
3. Masuk mushroom sup, fresh mushroom.
4. Masuk lada hitam, lada sulah n kacau rata.
5. Bila mendidih masukkan campuran tepung jagung
6. Kacau rata sehingga sebati

Mash Potato

This is my first time trying make it n it is so simple. I think it taste better dari yg kita makan kat KFC or others places.. Anak2 pun suka.. :)

Ingredients:
Potatoes (5-10) depends on size
2tbs butter
1/3 hotmilk - i use microwave to heat the milk, 1-2min or until hot

Method:
1. Clean the potatoes. Cook in a pot of boiling water until tender but not falling apart. Ada org peel the skin but I just rebus dgn kulit2..

2. Drain potatoes well then peel the skin.

3. Using potato masher, roughly mash potatoes.

4. Add butter and hot milk to potatoes. Beat & mix well until fliffy.

5. Season with salt & pepper or gravy.